Pasaran saham dibuka rendah pagi ini

Pasaran saham dibuka rendah pagi ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 1.79 mata kepada 1,639.15 pada pukul 9.05 pagi hari ini, berbanding 1,640.94 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1635.79.

Jumlah dagangan sebanyak 91.58 juta unit bernilai RM93.99 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 149 berbanding 102 dengan 245 kaunter tidak berubah dan 1,957 tidak diniagakan.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran saham di Wall Street ditutup rendah ekoran daripada laporan kadar inflasi di Amerika Syarikat (AS) yang dilihat masih perlahan untuk mencecah sasaran dua peratus.

“Kadar inflasi menunjukkan penurunan daripada 2.5 peratus pada Ogos kepada 2.4 peratus pada September yang lalu, manakala kadar inflasi teras pula dilihat meningkat kepada 3.3 peratus pada September berbanding 3.2 peratus pada tempoh sebelumnya.

“Justeru itu, pasaran dilihat berbelah bahagi dari segi sentimen berkenaan jangkaan pemotongan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan (Fed) AS pada November nanti.

“Ia seolah-olah menjurus kepada pengurangan 25 mata asas berbanding jangkaan sebelum ini iaitu 50 mata asas,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas beliau, terdapat juga kemungkinan bahawa pihak Fed AS akan mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat akan datang.

Selain itu, beliau berkata, situasi di Asia Barat masih menjadi fokus utama apabila harga minyak mentah Brent kekal pada AS$79 (RM338.75) setong.

“Oleh itu, pasaran saham Malaysia dijangka dalam keadaan berhati-hati pada hari ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya