Pasaran saham dibuka positif pagi ini

Pasaran saham dibuka positif pagi ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 1.68 mata kepada 1,647.36 pada pukul 9.03 pagi hari ini, berbanding 1,645.68 pada penutup Isnin.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,647.46.

Jumlah dagangan sebanyak 36.58 juta unit bernilai RM16.20 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 89 berbanding 81, dengan 215 kaunter tidak berubah dan 2,096 tidak diniagakan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi pasaran saham tempatan pada hari ini dijangka masih dalam mod berhati-hati berikutan kejatuhan pasaran saham di Wall Street malam tadi.

“Tinjauan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) masih menjadi persoalan utama dalam kalangan pedagang berikutan jangkaan penurunan kadar faedah yang lebih perlahan pada masa akan datang.

“Perkara ini berdasarkan beberapa kenyataan oleh ahli-ahli Rizab Persekutuan (Fed) AS yang menyatakan pendirian mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, beliau berkata, situasi tegang di Asia Barat serta kebimbangan pertumbuhan ekonomi China yang lebih perlahan dijangka akan memberi kesan langsung kepada sentiment pasaran.

“Namun, angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku ketiga masih menunjukkan polar pertumbuhan yang baik apabila kadar pertumbuhan yang dicatatkan berada pada paras 5.3 peratus.

“Justeru, prospek pertumbuhan yang baik serta Belanjawan 2025 yang berhemah seharusnya membantu dalam meningkatkan keyakinan pelabur di bursa saham Malaysia,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya