Pasaran saham dibuka positif pagi ini

Pasaran saham dibuka positif pagi ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 1.09 mata kepada 1,633.72 pada pukul 9.03 pagi hari ini, berbanding 1,632.63 pada penutup semalam.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,634.47.

Jumlah dagangan sebanyak 50.04 juta unit bernilai RM10.20 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 121 berbanding 77 dengan 215 kaunter tidak berubah dan 2,080 tidak diniagakan.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi Bursa Malaysia dijangka akan terus berhati-hati.

“Para pedagang sedang menantikan Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

“Mereka ingin melihat apakah insentif yang bakal diumumkan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal rancak pada tahun hadapan.

“Justeru, sentimen yang agak berhati-hati ini akan mendorong para pelabur untuk mengambil pendirian selamat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka akan mencatatkan peningkatan pada hari ini memandangkan pasaran Wall Street ditutup tinggi malam tadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya