Pasaran saham dibuka positif pagi ini

Pasaran saham dibuka positif pagi ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 4.97 mata kepada 1,639.88 pada pukul 9.05 pagi hari ini berbanding 1,634.91 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,639.75.

Jumlah dagangan sebanyak 95.93 juta unit bernilai RM30.88 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 171 berbanding 73 dengan 223 kaunter tidak berubah dan 1,974 tidak diniagakan.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran saham Wall Street dilihat meningkat berikutan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa ahli jawatankuasa mereka dilihat cenderung menurunkan kadar faedah dengan secara beransur-ansur.

“Perkara ini berikutan ekonomi AS dilihat masih berada dalam keadaan yang baik, meskipun kadar faedah berada di tahap yang tinggi.

“Oleh itu, perkembangan ini dilihat positif berikutan pertumbuhan ekonomi yang baik bakal memberi kesan positif kepada keuntungan syarikat-syarikat yang disenaraikan.

“Justeru itu, pasaran saham tempatan seharusnya menunjukkan prestasi yang positif pada hari ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya