PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 0.42 mata kepada 1,645.57 pada pukul 9.03 pagi hari ini, berbanding 1,645.99 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,646.71.
Jumlah dagangan sebanyak 61.43 juta unit bernilai RM30.00 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 155 berbanding 89, dengan 246 kaunter tidak berubah dan 1,991 tidak diniagakan.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran saham tempatan dijangka bergerak positf hari ini berikutan jangkaan pemotongan kadar faedah di China.
“Ini adalan susulan pertumbuhan ekonomi di negara itu pada suku ketiga yang masih dibawah lima peratus.
“Pada masa yg sama juga, pembentangan Belanjawan 2025 Jumaat lalu seharusnya memberi kesan positif berikutan saiz peruntukan yang terbesar dalam sejarah.
“Namun, kerajaan dilihat kekal komited untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 3.8 peratus pada 2025 dengan beberapa langkah berkenaan cukai dan rasionalisasi subsidi yang bakal diperkenalkan tahun hadapan,” katanya kepada Utusan Malaysia.-UTUSAN