PETALING JAYA: MR D.I.Y. Group Berhad tampil untuk meringankan beban perbelanjaan isi rumah dengan promosi menarik dengan melancarkan dua inisiatif khas, ‘Pilihan Deepavali’ dan ‘Jualan Jenama MR D.I.Y.’
Ini bersempena musim perayaan yang akan datang termasuk sambutan Deepavali, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina.
MR D.I.Y dalam kenyataan berkata, ‘Pilihan Deepavali’ menawarkan lebih 90 barangan penting termasuk hiasan rumah, perkakasan dapur dan aksesori, yang sempurna untuk perayaan.
“Jualan jenama MR D.I.Y.’ pula memberikan diskaun 30 peratus ke atas lebih 30 produk jenama rumah, yang terkenal dengan nisbah harga kualiti yang sangat baik.
“Kedua-dua promosi ini berlangsung dari 1 hingga 30 Oktober ini dan akan diikuti dengan tawaran bertema perayaan yang lain,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh menekankan komitmen peruncit terhadap harga mampu milik, pihaknya mahu rakyat Malaysia meraikan perayaan penting tanpa beban harga yang meningkat.
“Janji kami untuk ‘Harga Sentiasa Rendah’ memastikan nilai hebat setiap hari, terutamanya semasa musim perayaan,” katanya.
Jelas beliau, inisiatif sepanjang bulan ini menyediakan tawaran hebat di pelbagai kategori produk di seluruh negara, termasuk barangan pembersihan isi rumah seperti tisu pembersih permukaan anti bakteria MR D.I.Y. pada harga RM3.30 dan cat semburan pada RM4.50.
“Pelbagai produk untuk Deepavali seperti lampu LED, hiasan, beg hadiah dan perkakasan dapur juga ditawarkan pada ‘Harga Sentiasa Rendah.’
“Dengan inisiatif ini, MR D.I.Y. bertujuan untuk menyumbang kepada perayaan yang ceria dan tanpa tekanan bagi semua rakyat Malaysia,” katanya. – UTUSAN