MBSB Bank perkenal kadar kempen baharu

MBSB Bank perkenal kadar kempen baharu yang kompetitif untuk individu dan PKS

MBSB Bank mengumumkan kadar kempen terbaharunya bagi menyediakan penyelesaian kewangan yang kompetitif.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MBSB Bank Berhad mengumumkan kadar kempen terbaharunya bagi menyediakan penyelesaian kewangan yang kompetitif untuk pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 

Menurut kenyataan, bank itu kekal komited dalam menawarkan produk kewangan patuh syariah yang bernilai tinggi, memastikan pelanggan mencapai matlamat kewangan mereka dengan pulangan yang lebih baik.

“Bagi pelanggan individu, Akaun Simpanan Bertingkat-i (Peak Saver) menawarkan kadar keuntungan sebanyak 0.50 peratus setahun untuk baki sehingga RM10,000 dan 2.80 peratus setahun untuk baki melebihi RM10,000. 

“Kempen ini, yang berlangsung dari 1 April 2024 hingga 31 Mac 2025, direka untuk memberi manfaat kepada penyimpan kecil dan penyimpan besar, menawarkan fleksibiliti sambil memaksimumkan keuntungan.

“Selain itu, Akaun Deposit Berjangka-i, sesuai untuk mereka yang mencari pelaburan selamat bagi jangka pendek hingga sederhana, menawarkan 3.70 peratus l setahun untuk tempoh 6 bulan dan 4.00 peratus setahun untuk tempoh 12 bulan,” katanya.

Jelasnya, kempen itu memerlukan deposit minimum sebanyak RM10,000 dan berlangsung dari 2 September hingga 31 Disember 2024.

“Bagi pelanggan PKS, bank memperkenalkan Akaun Perniagaan Perdana (Akaun Semasa), dengan struktur keuntungan bertingkat. 

“Akaun ini menawarkan 1.80 peratus setahun untuk baki di bawah RM50,000, 2.5 peratus setahun untuk baki melebihi RM50,000 dan 2.8 peratus setahun untuk baki melebihi RM500,001,” katanya. 

Bank itu berkata, produk ini membantu pemilik perniagaan menguruskan aliran tunai dengan berkesan sambil menjana pulangan yang menguntungkan yang ditawarkan dari 26 Ogos 2024 hingga 26 Ogos 2025.

“Selain itu, Akaun Deposit Perdana-i untuk PKS menyediakan pulangan yang lebih tinggi, menawarkan 3.80 peratus setahun untuk tempoh 6 bulan dan 4.00 peratus setahun untuk tempoh 12 bulan, dengan deposit minimum sebanyak RM10,000. 

“Kempen ini juga berlangsung sehingga 26 Ogos 2025.

“Melalui penawaran ini, MBSB Bank menegaskan komitmen untuk mencipta nilai bagi pelanggan individu dan perniagaan dengan menyediakan penyelesaian kewangan yang disesuaikan, inovatif, dan selamat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya