Matrix Concepts raih tempat dalam senarai 10 terbaik dalam MDA 2024 - Utusan Malaysia

Matrix Concepts raih tempat dalam senarai 10 terbaik dalam MDA 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Matrix Concepts Holdings Bhd. tersenarai dalam 10 terbaik Anugerah Pemaju Malaysia (MDA) 2024.

MDA mengiktiraf pemaju yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam mencipta projek inovatif, lestari dan berkualiti tinggi yang menyumbang kepada pertumbuhan sektor hartanah.

Matrix Concepts menerima anugerah dalam kategori syarikat dengan modal pasaran RM1 bilion dan ke atas.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrix Concepts, Chai Keng Wai berkata, pengiktirafan ini menonjolkan tumpuan berterusan syarikat terhadap pembangunan berpusatkan komuniti dan usaha mereka untuk menyediakan projek-projek.

“Pengiktirafan ini menegaskan pertumbuhan kukuh syarikat, kepimpinan dalam industri dan komitmen tanpa henti untuk menyampaikan pembangunan berkualiti yang memperkaya kehidupan komuniti.

“Penglibatan Matrix Concepts dalam Senarai 10 Terbaik adalah bukti dedikasi syarikat untuk membina hubungan dan menghubungkan kehidupan melalui bandar dan pembangunan yang direka dengan teliti,” katanya dalam kenyataan. 

Selain pertumbuhan di Negeri Sembilan, Matrix Concepts telah membuat kemajuan signifikan dalam memperluas kehadirannya di seluruh Malaysia.

Pembangunan syarikat di Johor dan Lembah Klang telah diterima baik, mencerminkan kemampuannya untuk memenuhi permintaan pasaran bagi rumah inovatif dan moden.

Di peringkat antarabangsa, Matrix Concepts telah berjaya menyelesaikan projek di Australia, yang seterusnya meningkatkan reputasinya sebagai pemaju dengan pandangan global. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya