Mandiri International Remittance lancar aplikasi Mandiri Remit - Utusan Malaysia

Mandiri International Remittance lancar aplikasi Mandiri Remit

MANDIRI International Remittance Sdn. Bhd. (MIR) memperkenalkan aplikasi Mandiri Remit bertujuan memudahkan pelanggan membuka akaun seterusnya melakukan pemindahan dana dari negara ini ke Indonesia serta pelbagai negara lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bank Mandiri melalui anak syarikatnya, Mandiri International Remittance Sdn. Bhd. (MIR) memperkenalkan aplikasi Mandiri Remit bertujuan memudahkan pelanggan membuka akaun seterusnya melakukan pemindahan dana dari negara ini ke Indonesia serta pelbagai negara lain.

Presiden Pengarah MIR, Fitri Wahyu Adihartati berkata, aplikasi tersebut bukan sahaja memudahkan transaksi bagi pekerja asing warga Indonesia di Malaysia tetapi juga menawarkan akses kiriman wang yang kompetitif ke sembilan negara lain iaitu Bangladesh, Nepal, Pakistan, Singapura, Thailand, Filipina, India, Hong Kong dan Vietnam.

“Kami memahami keperluan pelanggan untuk menghantar dana dengan cepat dan pada kos berpatutan.

“Dengan Mandiri Remit, pelanggan dapat terus memindahkan dana daripada ringgit Malaysia (RM) ke akaun lain dalam mata wang rupiah dengan kadar tukaran yang sangat kompetitif serta bebas daripada yuran pentadbiran semasa tempoh promosi, katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau menambah, MIR juga menyediakan sokongan lebih meluas melalui program literasi kewangan antaranya Mandiri Sahabatku yang diwujudkan sejak 2007 bertujuan membantu pekerja asing warga Indonesia meningkatkan pemahaman mereka tentang pengurusan kewangan dan keusahawanan.

Menurutnya, Mandiri Sahabatku membantu golongan berkenaan menjadi lebih berdikari dan berdaya saing selain mempersiapkan mereka lebih kukuh merancang masa depan kewangan terutama ketika kembali ke tanah air.

Jelas beliau lagi, MIR juga terus memperkukuhkan kerjasama dengan Bank Mandiri dalam menyediakan inovasi perkhidmatan perbankan yang lebih inklusif.

“Kini, melalui ‘super app Livin by Mandiri’, diaspora Indonesia di Malaysia dengan mudah dapat membuka akaun secara digital dan menikmati pelbagai penyelesaian pertukaran asing yang disediakan dalam aplikasi Livin’.

“Langkah ini diharap dapat terus menyokong keselesaan dan kemudahan bertransaksi terutama bagi pekerja warga Indonesia yang memerlukan perkhidmatan perbankan yang praktikal dan boleh dipercayai.

“Melalui transformasi digital yang adaptif dan solutif, kami berharap dapat menjadi pilihan utama untuk transaksi pelanggan khususnya bagi warga Indonesia di Malaysia,” jelasnya.

Bank Mandiri merupakan salah sebuah bank terkemuka di Indonesia yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan kepada pelanggan termasuk segmen perniagaan korporat, institusi, komersial, mikro serta perusahaan kecil dan sederhana, perbankan pengguna, perbendaharaan dan perbankan antarabangsa.

Bank Mandiri bekerjasama dengan pelbagai perusahaan dalam konglomerat kewangan Kumpulan Mandiri untuk menawarkan pelbagai produk dan layanan seperti Mandiri Sekuritas untuk layanan pasar modal, Bank Syariah Indonesia untuk perbankan syariah serta MIR untuk perkhidmatan penghantaran wang.

Melalui kerjasama ini, setiap anggota dalam Kumpulan Mandiri mempunyai prestasi yang kukuh dan menjadi pemimpin dalam segmen perniagaan masing-masing.

Dengan rangkaian yang luas dan pelbagai produk yang ditawarkan, Bank Mandiri terus berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan dan menyokong pertumbuhan ekonomi di Indonesia.

Sehingga Jun 2024, jaringan rangkaian Bank Mandiri merangkumi sejumlah 2,227 cawangan di seluruh Indonesia dengan lebih 12,837 buah mesin teler automatik (ATM) serta pelbagai perkhidmatan e-perbankan seperti SMS Banking dan Pusat Panggilan 14000.

Untuk maklumat boleh layari laman web Bank Mandiri di www.bankmandiri.co.id. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN