MAC, Unilode bekerjasama pertingkat operasi

MAC, Unilode bekerjasama pertingkat operasi

ANTHONY Loke (tengah) ketika gimik perasmian kerjasama strategik antara MAC dan Unilode di Alibaba Cainiao KLIA, Sepang, Jumaat lalu.-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: MMAG Aviation Consortium Sdn. Bhd. (MAC), cabang penerbangan MMAG Holdings Bhd mengumumkan kerjasama strategik dengan Unilode Aviation Solutions iaitu peneraju global dalam pengurusan penyumberan luar peranti muatan (ULD).

Jalinan kerjasama itu membolehkan MAC menawarkan perkhidmatan yang lebih dipertingkat kepada pelanggan, selain membuka peluang kolaborasi termasuk penubuhan pusat pengurusan ULD di Terminal Kargo Xpress (XCT).

Pengerusi MAC, Woo Kam Weng berkata, Unilode akan menyediakan pengurusan ULD kepada unit kargo udara komersial di bawah MAC, MJets Air Sdn. Bhd. yang memperoleh akses kepada rangkaian ULD Unilode.

Menurut beliau, selain menyediakan pengurusan ULD, perancangan, akses pusat pembaikan serta suite perkhidmatan digital, MJets turut menerima manfaat daripada kepakaran Unilode dalam teknologi penjejakan digital terkini.

“Kerjasama dengan Unilode adalah langkah transformatif MAC dalam mempertingkatkan operasi logistik dan meletakkan kami di barisan hadapan industri penerbangan di Asia Tenggara. 

“Dengan memanfaatkan ke­pakaran Unilode dalam pengurusan ULD, kami bukan sahaja dapat mengoptimumkan operasi, tetapi meningkatkan tawaran perkhidmatan untuk memenuhi pasaran yang dinamik,” katanya pada majlis perasmian kerjasama strategik antara MAC dan Unilode di sini baru-baru ini.

Simbolik kerjasama strategik itu dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. 

Kam Weng berkata, secara keseluruhan beliau melihat kerjasama yang terjalin itu merupakan langkah penting dalam rancangan pertumbuhan MAC dan Unilode.

Tambahan pula, katanya, operasi kargo MJets turut akan dipertingkat dengan keupayaan operasi yang lebih kukuh di seluruh rangkaian MJets dan Unilode.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Unilode, Ross Marino berkata, kerjasama strategik yang terjalin itu bakal mengukuhkan lagi kehadiran Unilode di Kuala Lumpur dan pasaran yang semakin berkembang di Asia Tenggara.

Menurut beliau, ia merupakan satu penghormatan besar untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem MJets Air dan rancangan pertumbuhan jangka panjang mereka.

“Kami teruja dan bangga dapat bekerjasama dengan MAC dan anak syarikatnya, MJets Air. Kami yakin penyelesaian dan kepakaran pengurusan ULD akan memberikan nilai kepada MAC serta menyokong rancangan pertumbuhannya,” katanya yang turut menjelaskan rangkaian tersebut adalah terbesar di dunia dengan lebih 172,000 ULD.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya