Levi untung durian runtuh dijangka naik RM4,500 setan

Levi untung durian runtuh dijangka naik RM4,500 setan

PUBLICINVEST mengekalkan saranan ‘neutral’ ke atas sektor perladangan dengan ramalan MSM setahun penuh sebanyak RM3,800 setan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Public Investment Bank Bhd. (Publicinvest Research) menjangkakan Bajet 2025 menyaksikan kemasukan dua cadangan utama dalam sektor perladangan iaitu semakan ke atas levi keuntungan durian runtuh terhadap minyak sawit dan peruntukan tambahan bagi melaksanakan program penanaman semula minyak sawit. 

Firma penyelidikan berkata, levi untung durian runtuh itu akan dikenakan ke atas pengeluar buah tandan segar (BTS) apabila harga minyak sawit mentah (MSM) setan adalah pada RM3,000 di Semenanjung dan RM3,500 di Sabah dan Sarawak.

“Ambang levi keuntungan durian runtuh boleh meningkat kepada RM4,500 setan kerana kos pengeluaran satu tan minyak sawit telah melonjak daripada RM1,800 kepada antara RM2,800 hingga RM3,000.

“Ringkasnya, julat harga MSM antara RM3,000 hingga 4,000 kini merupakan trend biasa memandangkan struktur kos semasa,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Firma itu berkata, persatuan minyak sawit Malaysia menganggarkan seluas 664,000 hektar atau kira-kira 12 peratus daripada kawasan tanaman negara meliputi dalam kumpulan umur 25 tahun dan ke atas dan tertakluk kepada penanaman semula.

“Publicinvest turut mengunjurkan lebih satu pertiga daripada kawasan tanaman boleh diklasifikasikan sebagai lama menjelang 2027.

“Peninjauan semula hasil purata BTS jangka panjang negara adalah pada paras 18 juta tan jika tiada tindakan segera diambil dalam jangka masa terdekat.

“Pada masa ini, terdapat kira-kira 1.5 juta hektar ladang kelapa sawit yang diuruskan oleh pekebun kecil iaitu 26.4 peratus daripada keseluruhan kawasan tanaman di Malaysia,” katanya. 

Menurutnya, berdasarkan anggaran kos penanaman semula pada RM20.000 sehektar, jumlah kos yang terlibat untuk keseluruhan kawasan kelapa sawit lama adalah kira-kira RM13 bilion.

“Dengan mengandaikan 175,296 hektar iaitu 26.4 peratus daripada 664,000 hektar daripada kawasan kelapa sawit lama negara milik pekebun kecil memerlukan sekurang-kurangnya RM3.5 bilion untuk menanam semula sepenuhnya. 

“Selain itu, Suruhanjaya Eropah telah mencadangkan penangguhan 12 bulan kepada pelaksanaan Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang bertujuan untuk membendung komoditi berkaitan penebangan hutan.

“Kami percaya ia adalah satu kelegaan besar bagi pasaran minyak sayuran global,” kata­nya. 

Publicinvest mengekalkan saranan ‘neutral’ ke atas sektor itu dengan ramalan MSM setahun penuh sebanyak RM3,800 setan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya