Lebihan bekalan panel solar diunjur pulih 2025

Lebihan bekalan panel solar diunjur pulih 2025

KENANGA Research mengekalkan unjurannya purata harga modul solar pada 2024 pada 10 sen AS setiap watt.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenanga Research menjangkakan lebihan bekalan dalam industri pembuatan panel solar kembali pulih pada 2025 berikutan terdapat laporan menyatakan, pengeluar panel solar terkemuka dari China terus melaporkan kerugian atas pengembangan kapasiti berlebihan.

Pengeluar solar terkemuka China itu, termasuklah Longi Green Energy Technology Co. Ltd., Tongwei Co. Ltd. dan JA Solar Holdings Co. Ltd. 

Firma penyelidikan berkata, pemulihan dijangka akan berlaku tahun depan dengan pengeluar juga diunjurkan bersedia meletakkan asas untuk menyesuaikan kapasiti pembuatan mereka.

“Kami menjangkakan pe­nya­tuan industri dan penutupan kilang akan menyumbang kepada pengimbangan semula pasaran.

“Selain itu, pengeluar solar yang berpangkalan di China menghentikan pengeluaran di kilang Asia Tenggara mereka berikutan prospek eksport yang lemah.

“Ini juga berikutan kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas panel solar yang diimport dari China yang meningkat kepada 50 peratus daripada 25 peratus pada 1 Ogos 2024,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Kenanga Research berkata, Longi Green Energy Technology Co. Ltd. telah menghentikan semua lima barisan pengeluaran di kilangnya di Vietnam dan juga menutup operasinya di Malaysia, manakala Trina Solar Co. Ltd. menutup kilangnya di Thailand dan Vietnam.

Firma itu turut mengekalkan unjurannya untuk purata harga modul solar pada 2024 untuk kekal secara relatifnya tidak berubah pada 10 sen AS per watt, berbanding 18 sen AS per watt pada 2023.

Firma penyelidikan itu menambah, perkembangan dalam senario tenaga boleh diperbaharui (RE) domestik diramal mengekalkan sektor itu sehingga sekitar 2028.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya