KK Super Mart terima anugerah perbadanan cemerlang Asia - Utusan Malaysia

KK Super Mart terima anugerah perbadanan cemerlang Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: KK Super Mart menerima anugerah Perbadanan Cemerlang Asia di Majlis Sidang Kemuncak Ekonomi & Keusahawanan Asia sekali gus berjaya meletakkan jenama tempatan itu di barisan hadapan perniagaan dalam industri peruncitan.

Pengasas dan Pengerusinya, Datuk Seri Dr. KK Chai berkata, penerimaan anugerah yang bermakna itu bukanlah pencapaian individu semata-mata.

“Kejayaan ini bukan kejayaan individu semata-mata tetapi adalah hasil usaha gigih seluruh pasukan di KK Super Mart yang sentiasa berdedikasi dan bekerja keras untuk memacu syarikat ke hadapan.

“Malaysia adalah faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan usahawan seperti saya, serta kepelbagaian dan perpaduan rakyat negara ini telah membuka peluang luas untuk kita semua berkembang bersama.

“Kejayaan penerimaan anugerah ini amat bermakna dan menjadi satu lagi batu loncatan yang penting dalam sejarah syarikat,” katanya dalam kenyataan.

KK Super MART dibawah pimpinannya telah mencatatkan pelbagai kejayaan besar sejak penubuhannya pada 2001.

Bermula dengan sebuah kedai runcit kecil, kini jenama tempatan itu menjadi rangkaian kedai serbaneka 24 jam yang dikenali ramai dan mempunyai hampir 900 cawangan di bandar, kawasan luar bandar, pusat membeli belah, universiti, lapangan terbang dan banyak lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya