PETALING JAYA: Kerajaan wajar mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam Belanjawan 2025, cadang Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Presidennya, Norsyahrin Hamidon berkata, GST adalah rejim cukai paling cekap dan dipercayai dapat membanteras ekonomi gelap dalam pasaran di negara ini. “Ekonomi gelap dianggarkan bernilai kira-kira RM300 bilion. Kena perkenal semula GST kerana ia adalah rejim cukai paling cekap yang boleh membanteras ekonomi gelap ini. “Seterusnya, barulah kerajaan dapat kurangkan cukai korporat kerana sudah dapat mengutip hasil yang banyak dari ekonomi gelap tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya