Jumlah perdagangan Malaysia RM234.8 bilion pada September - Utusan Malaysia

Jumlah perdagangan Malaysia RM234.8 bilion pada September

PERDAGANGAN Malaysia RM234.8 bilion pada September. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM234.8 bilion pada September 2024 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM124 bilion dan RM110.8 bilion, menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, prestasi eksport pada September menurun 0.3 peratus kepada RM319.5 juta berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

“Penurunan ini dipengaruhi oleh eksport yang lebih rendah di kebanyakan negeri iaitu Selangor (-RM2.0 bilion), diikuti oleh Kedah (-RM1.5 bilion), Negeri Sembilan (-RM769.4 juta), Pahang (-RM501.1 juta), W.P. Labuan (-RM353.9 juta), Sarawak (-RM347.3 juta), Melaka (-RM313.2 juta), Terengganu (-RM193.5 juta), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (-RM172.8 juta), dan Perlis (-RM22.4 juta).

“Bagaimanapun, nilai eksport meningkat di Pulau Pinang sebanyak RM3.6 billion, Johor (+RM1.5 bilion), Perak (+RM1.0 bilion), Sabah (+RM187.0 juta) dan Kelantan (+RM28.1 juta).

“Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 37.5 peratus, diikuti oleh Johor (20.6 peratus), Selangor (15.6 peratus), Sarawak (6.5 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4.5 peratus),” katanya dalam kenyataan.

Beralih kepada prestasi import mengikut negeri, beliau berkata, import pada bulan September 2024 meningkat RM10.9 bilion (+10.9%) berbanding bulan yang sama pada 2023.

“Peningkatan ini pula disebabkan oleh import lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Johor (+RM4.7 bilion), diikuti oleh Pulau Pinang (+RM4.2 bilion), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (+RM3.1 bilion), Selangor (+RM2.6 bilion), Perak (+RM210.0 juta), Kedah (+RM201.5 juta), dan Terengganu (+RM123.6 juta).

“Bagaimanapun, nilai import jatuh di Melaka sebanyak RM1.6 bilion, diikuti oleh Negeri Sembilan (-RM1.1 bilion), Pahang (-RM464.9 juta), Sarawak (-RM177.3 juta), W.P. Labuan (-RM107.7 juta), Kelantan (-RM27.4 juta), Sabah (-RM25.2 juta) dan Periis (-RM13.5 juta).

“Selangor mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 26.5 peratus, diikuti oleh Johor (23.3 peratus), Pulau Pinang (22.6 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (9.5 peratus) dan Kedah (5.6 peratus),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya