PETALING JAYA: Pemaju hartanah, Titijaya Land Berhad (Titijaya) berharap kerajaan tidak memperkenalkan cukai pusaka berkaitan hartanah pada Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini, sebaliknya mengaktifkan semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC). Pengarah Urusannya, Datuk Lim Poh Yit berkata, cukai pusaka hanya menyumbang sekitar 0.5 peratus daripada hasil cukai keseluruhan secara purata dalam kalangan negara-negara dalam kumpulan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Katanya, pelaksanaan cukai ini hanya memberikan sumbangan yang sangat kecil kepada perbendaharaan negara. “Namun, dalam senario terburuk, ia boleh mencetuskan pengaliran modal apabila pemilik aset berpindah ke negara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya