Inflasi Malaysia meningkat kepada 1.8 peratus pada September - Utusan Malaysia

Inflasi Malaysia meningkat kepada 1.8 peratus pada September

ORANG ramai mendapatkan barangan keperluan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. – GAMBAR HIASAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Inflasi Malaysia pada September 2024 meningkat lebih rendah kepada 1.8 peratus dengan mata indeks mencatatkan 133.2 berbanding 130.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan.

Peningkatan inflasi bulan itu didorong oleh peningkatan perlahan bagi kumpulan utama penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.1 peratus). 

“Ini diikuti oleh pengangkutan (1.1 peratus), minuman alkohol dan tembakau (0.8 peratus), hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (0.6 peratus) serta maklumat dan Komunikasi (0.4 peratus, manakala, pakaian dan kasut kekal berada dalam jajaran negatif iaitu negatif 0.3 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, inflasi rekreasi, sukan dan kebudayaan meningkat kepada 2.1 peratus pada September 2024 berbanding 2.0 peratus pada Ogos 2024.

“Ini disebabkan oleh peningkatan inflasi subkumpulan utama perkhidmatan rekreasi pada 4.0 peratus berbanding 2.8 peratus pada bulan sebelumnya. 

“Sementara itu, restoran dan perkhidmatan penginapan (3.2 peratus), perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (3.1 peratus), makanan dan Minuman (1.6 peratus), kesihatan (1.6 peratus), pendidikan (1.5 peratus) dan Insurans dan perkhidmatan kewangan (0.5 peratus) meningkat pada kadar yang sama seperti bulan sebelumnya,” katanya. 

Mengulas lanjut, Mohd. Uzir berkata, kumpulan makanan dan minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP meningkat 1.6 peratus pada September 2024, kadar yang sama direkodkan pada Ogos 2024. 

“Subkumpulan utama makanan di rumah meningkat 0.4 peratus daripada 0.3 peratus pada Ogos terutamanya disumbangkan oleh inflasi kelas perbelanjaan daging yang merekodkan peningkatan sebanyak 0.7 peratus. 

“Selain itu, daging ayam segar yang merupakan komponen terbesar (32.6 peratus) dalam kelas perbelanjaan daging telah merekodkan kenaikan 1.3 peratus berbanding, -2.2 peratus pada Ogos,” katanya. 

Berdasarkan pengumpulan data, purata harga ayam standard Malaysia pada September 2024 adalah RM10.47 sekilogram berbanding RM10.01 sekilogram pada September 2023 (Ogos 2024, RM10.15). 

“Purata harga ayam standard di peringkat Semenanjung Malaysia pada September 2024 adalah RM9.38 sekilogram berbanding RM9.28 sekilogram pada September 2023 (Ogos 2024, RM9.27),” katanya.

Sementara itu, jelas Mohd. Uzir, negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah paras inflasi makanan dan minuman nasional iaitu 1.6 peratus pada September 2024.

Katanya, inflasi keseluruhan secara bulanan pada September 2024 kekal tidak berubah berbanding Ogos 2024. 

“Walaupun kumpulan utama makanan dan minuman, minuman alkohol dan tembakau, penjagaan diri, perlindungan sosial dan Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan dan Restoran & Perkhidmatan Penginapan masing-masing mencatatkan peningkatan 0.1 peratus pada September 2024.

“Namun ia diimbangi dengan penurunan kumpulan pengangkutan (-0.2 peratus), hiasan, perkakasan dan penyelenggaran isi rumah (-0.1 peratus), kesihatan  (-0.1 peratus) dan maklumat dan komunikasi (-0.1 peratus),” katanya. 

Mohd. Uzir berkata, bagi suku ketiga 2024 kekal 1.9 peratus berbanding suku tahun kedua 202 pada 1.9 peratus. 

Bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, inflasi Malaysia meningkat 0.4 peratus berbanding 0.6 peratus pada suku kedua 2024. 

“Sementara itu, inflasi teras meningkat lebih rendah sebanyak 1.8 peratus pada September 2024 (Ogos 2024, 1.9 peratus. Peningkatan ini didorong oleh kumpulan utama Restoran dan Perkhidmatan Penginapan (3.2 peratus), Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (3.1 peratus) dan Makanan & Minuman (2.3 peratus). 

“Bagi perbandingan inflasi dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia (1.8 peratus) lebih rendah berbanding inflasi di Vietnam (2.6 peratus dan Filipina (1.9 peratus) manakala, kadar tersebut lebih tinggi berbanding Republik Korea (1.6 peratus) Thailand (0.6 peratus) dan China (0.4 peratus),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya