Crest Group tampil  di Pasaran ACE pada harga 39.5 sen

Crest Group tampil  di Pasaran ACE pada harga 39.5 sen

MAJLIS penyenaraian Crest Group di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Crest Group Berhad (Crest) memulakan penyenaraian awamnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia, dibuka pada harga 39.5 sen, mewakili premium 12.9 peratus berbanding harga terbitannya sebanyak 35 sen sesaham, dengan volum pembukaan sebanyak 11.3 juta saham.

Menurut kenyataan, Crest berjaya mengumpul RM45.75 juta melalui terbitan awam permulaan (IPO) sebanyak 130.7 juta saham biasa baharu yang berharga 35 sen sesaham. 

“Daripada jumlah hasil yang diperoleh, Crest memperuntukkan 34.5 peratus atau RM15.76 juta untuk penubuhan ibu pejabat berpusat yang baharu dan 31.7 peratus atau RM14.52 juta untuk pengembangan perniagaan. 

“Selain itu, 12.8 peratus atau RM5.87 juta diperuntukkan untuk pembelian peralatan demonstrasi tambahan dan 7.9 peratus atau RM3.6 juta untuk pengembangan pasukan sokongan teknikal dan penyelenggaraan.

“Baki 13.1 peratus atau RM6 juta pula akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian,” katanya.

Sementara itu,  Pengerusi Crest, Ahmad Tajudin Omar berkata, Crest komited untuk menyediakan penyelesaian pengimejan, analisis dan ujian yang penting kepada pelbagai industri termasuk semikonduktor, elektrik dan elektronik (E&E), automotif serta penjagaan kesihatan. 

“Sejak penubuhan kami pada tahun 1999, kami telah berkembang ke peringkat serantau di China, Singapura dan Thailand, didorong oleh model perniagaan yang kukuh dan kerjasama yang dipercayai dengan pembekal global. 

“Pengalaman luas pasukan pengurusan kami dalam industri ini telah menjadi kunci kepada pertumbuhan, membimbing melalui cabaran dan meletakkan kami untuk mencapai kejayaan,” ujarnya. 

Selaras dengan strategi pertumbuhan Crest, beliau berkata, Crest merancang untuk terus mengembangkan perniagaan, termasuk operasi baharu di Vietnam, sambil meningkatkan perkhidmatan sokongan teknikal dan penyelenggaraan.

“Dengan peningkatan penggunaan internet kebendaan (IoT) dan Industri 4.0, kami berada pada kedudukan baik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian kami, disokong oleh inisiatif kerajaan dalam sektor E&E dan aeroangkasa,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya