CIMB raih 26 anugerah

CIMB raih 26 anugerah di The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2024

CIMB raih 26 anugerah di The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2024
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: CIMB Islamic Bank Berhad dan CIMB Investment Bank Berhad (CIMB) membawa pulang 26 anugerah di The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2024. 

Pengiktirafan itu menonjolkan kecemerlangan bank dalam memacu inovasi produk serta mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam pasaran modal Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata, pihaknya amat berbesar hati menerima anugerah-anugerah tersebut yang mengiktiraf sumbangan cemerlang yang diberikan oleh bank kepada landskap kewangan dan perbankan pelaburan Islam. 

“Ia membuktikan keupayaan, pengetahuan dan komitmen tanpa henti daripada pasukan kami dalam memenuhi keperluan pelanggan. 

“Pelanggan kami, baik institusi mahupun runcit semakin bijak dan teliti dalam memenuhi keperluan mereka di dalam persekitaran semasa dan saya gembira kerana penyelesaian yang kami bawa ke pasaran telah membantu memenuhi keperluan tersebut. 

“Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan dan kepercayaan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Wilayah, Perbankan Pelaburan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Bank, Nor Masliza Sulaiman berkata, pihaknya bersyukur dinobatkan sebagai Bank Pelaburan Islam Terbaik dan Penasihat Sukuk Tahunan di Asia Pasifik. 

“Lebih daripada sekadar penghargaan, anugerah ini mencerminkan visi strategik kami untuk menerajui pembangunan kewangan dan perbankan pelaburan Islam melalui penyelesaian berimpak, inovatif dan disesuaikan mengikut keperluan pelanggan yang sentiasa berubah. 

“Bersama dengan pelanggan kami, kami berharap dapat memacu bab seterusnya dalam pertumbuhan dan inovasi kewangan dan perbankan pelaburan Islam,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya