Bursa Malaysia kembali positif - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia kembali positif

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka positif hari ini, setelah ditutup rendah semalam akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Pada pukul 9.20 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 2.45 mata kepada 1,641.76 berbanding 1,639.31 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,640.70.

Jumlah dagangan sebanyak 301.2 juta unit bernilai RM141.2 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 295 berbanding 155 dengan 302 kaunter tidak berubah dan 1,660 tidak diniagakan.

Rakuten Trade Sdn. Bhd. berkata, di peringkat serantau, sentimen telah bertukar menjadi sangat berhati-hati di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.

“Berdasarkan pemunggahan aset berisiko baru-baru ini, kami percaya pelabur mungkin telah beralih kepada mod “Cash is King”.

“Namun begitu, kami menjangkakan beberapa aktiviti memburu murah akan muncul dan menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,635 hingga 1,645 hari ini,” katanya dalam nota penyelidikan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya