Bursa Malaysia dijangka menunjukkan prestasi yang baik

Bursa Malaysia dijangka menunjukkan prestasi yang baik

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 3.17 mata kepada 1633.14 pada pukul 9.05 pagi hari ini, berbanding 1,629.97 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,633.58.

Jumlah dagangan sebanyak 115.14 juta unit bernilai RM42.10 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 184 berbanding 87 dengan 230 kaunter tidak berubah dan 1,917 tidak diniagakan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, Bursa Malaysia dijangka menunjukkan prestasi yang baik pada hari ini berikutan data pasaran pekerjaan menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dijangka akan terus mencatatkan pertumbuhan baik.

“Nonfarm Payroll (NFP) iaitu kayu ukur bagi jumlah pekerjaan yang diwujudkan meningkat kepada 254,000 pada September lalu berbanding jangkaan penganalisis iaitu sekitar 147,000, manakala kadar pengangguran AS juga terus merosot kepada 4.1 peratus pada September yang lalu.

“Justeru, pihak Rizab Persekutuan (Fed) dilihat berjaya memastikan senario ‘soft landing’ atau pendaratan lembut dapat dicapai dan perkara ini akan membantu dalam meningkatkan keuntungan syarikat yang disenaraikan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya