Bursa Malaysia dijangka mendapat tempias yang positif

Bursa Malaysia dijangka mendapat tempias yang positif

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 1.42 mata kepada 1,633.65 pada pukul 9.06 pagi hari ini, berbanding 1,632.23 pada penutup semalam.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,633.02.

Jumlah dagangan sebanyak 117.15 juta unit bernilai RM43.53 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 142 berbanding 100 dengan 245 kaunter tidak berubah dan 2,015 tidak diniagakan.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran saham di Bursa Malaysia hari ini dijangka mendapat tempias yang positif daripada kenaikan harga-harga saham di Wall Street.

“Data-data ekonomi di Amerika Syarikat (AS) juga masih menunjukkan perkembangan ekonomi yang sihat, manakala keputusan kewangan syarikat tersenarai di bursa AS menunjukkan trend yang mengukuh.

“Justeru, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mencatatkan kenaikan pada hari ini susulan daripada presatsi bursa saham di Wall Street yang baik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya