Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 1.29 mata kepada 1643.26 pada pukul 9.06 pagi hari ini, berbanding 1,641.97 pada penutup semalam.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1643.80.

Jumlah dagangan sebanyak 75.77 juta unit bernilai RM48.80 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 101 berbanding 163 dengan 250 kaunter tidak berubah dan 1,979 tidak diniagakan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran saham Malaysia dijangka akan kekal berhati-hati berikutan prestasi negatif dipasaran Wall Street malam tadi.

“Sektor teknologi di pasaran Wall Street dilihat mencatatkan penurunan berikutan langkah kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang mahu mengenakan tarif terhadap produk keluaran berasaskan teknologi dari negara mereka.

“Situasi ini dilihat sinomim dengan ucapan calon pilihanraya Presiden AS, Donald Trump yang begitu menyokong dasar kenaikan tarif bagi melindungi industri di AS,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mohd. Afzanizam berkata, berdasarkan analisis teknikal, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) sudah berada di kawasan terlebih jual atau ‘oversold’.

“Ini bererti risiko penurunan nilai (downside) dilihat agak rendah terhadap dalam masa terdekat.

“Para pedagang mungkin dilihat sedang mencari katalis tempatan terutamanya pembentangan Belanjawan 2025 yang bakal diumumkan pada Jumaat ini.

“Justeru, FBM KLCI dijangka berlegar sekitar 1,635 hingga 1,645 pada hari ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya