Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 6.56 mata kepada 1640.11 pada pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1,633.55 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1637.17.

Jumlah dagangan sebanyak 222.9 juta unit bernilai RM83.80 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 168 berbanding 140 dengan 274 kaunter tidak berubah dan 1,883 tidak diniagakan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, minggu ini Bursa Malaysia akan menumpukan kepada pengumuman Belanjawan 2025 pada Jumaat ini.

“Dari segi sektor luaran, perkembangannya agak bercampur-campur yang mana negara China dilihat teragak-agak dalam mengumumkan saiz pakej rangsangan ekonomi manakala, ekonomi Amerika Syarikat (AS) pula dilihat positif dan pihak Rizab Persekutuan (Fed) dijangka akan mengurangkan kadar faedah dengan kadar yang perlahan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya