Ajinomoto lancar inisiatif gaya hidup dan makanan sihat - Utusan Malaysia

Ajinomoto lancar inisiatif gaya hidup dan makanan sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) melancarkan inisiatif ‘Inovasi Masa Depan yang Lebih Lazat dan Sihat’ di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang berlangsung pada 11 September hingga 22 September 2024 lalu.

AMB berkata, inisiatif tersebut selari dengan falsafah syarikat itu iaitu ‘Eat Well, Live Well’ yang bertujuan berkongsi dengan rakyat Malaysia mengenai kepelbagaian identiti di Ajinomoto.

“MAHA 2024 memberi peluang kepada syarikat itu untuk berkongsi dengan rakyat Malaysia bahawa ia bukan sekadar syarikat pengeluar penambah perisa umami iaitu Ajinomoto.

“Sepanjang tahun ini, AMB telah mempelbagaikan perniagaan dengan mengekalkan fokus yang kukuh terhadap kelestarian,” katanya.

Jelasnya, sejak lebih satu abad lalu, Ajinomoto Co. Inc di Jepun membuat penemuan inovatif dengan mencipta penambah perisa umami Ajinomoto.

“Pada tahun 1961, AMB memulakan operasi perniagaannya di negara ini secara tidak langsung menjadi salah satu syarikat Jepun terawal ditubuhkan di Malaysia.

“AMB berfungsi sebagai penyedia penyelesaian dalam perniagaan perniagaan ke perniagaan (B2B) yang meliputi sektor industri dan perkhidmatan makanan serta komited terhadap kelestarian makanan dan alam sekitar untuk komuniti,” katanya

AMB komited untuk memperluaskan operasi bagi menangani isu kelestarian global demi kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

“Dengan kepakaran unik dan penyelesaian canggih kami, AMB berhasrat untuk terus menyumbang kepada masa depan yang lebih lazat sambil memupuk bumi yang lebih sihat untuk generasi akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya