1.09 juta pertubuhan beroperasi pada 2022 - Utusan Malaysia

1.09 juta pertubuhan beroperasi pada 2022

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 1.09 juta pertubuhan beroperasi pada 2022 berbanding 920,630 pertubuhan pada 2015 dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 2.5 peratus, menurut Banci Ekonomi 2023 Statistik Pertubuhan oleh Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, penyumbang tertinggi adalah sektor perkhidmatan dengan komposisi 87.2 peratus, diikuti oleh sektor pembinaan (6.5 peratus) dan sektor pembuatan (5.0 peratus).

“Dari segi pertumbuhan tahunan mengikut sektor, sektor pembinaan dan, perlombongan dan pengkuarian masing-masing meningkat 8.3 peratus dan 5.0 peratus, diikuti sektor perkhidmatan (2.2 peratus), pertanian (1.6 peratus) dan pembuatan (1.5 peratus),” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, pada 2022, Selangor mencatatkan bilangan pertubuhan tertinggi sebanyak 270,363 pertubuhan, diikuti oleh Wilayah Persekutuan (W.P) Kuala Lumpur (136,305) dan Johor (129,425).

“Ketiga-tiga negeri ini secara kumulatif menyumbang 49.1 peratus daripada jumlah bilangan pertubuhan di Malaysia.

“Dari segi sektoral, Selangor mendominasi dengan sektor perkhidmatan sebanyak 232,206 pertubuhan, manakala sektor pembuatan, pembinaan dan, perlombongan dan pengkuarian dengan masing-masing 16,808 pertubuhan, 19,770 pertubuhan dan 391 pertubuhan.

“Bagi sektor pertanian, Johor mempunyai bilangan pertubuhan tertinggi dengan 2,254 pertubuhan,” katanya

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, tiga negeri dengan bilangan pertubuhan tertinggi adalah Selangor, W.P. Kuala Lumpur dan Johor.

“Trend ini juga ketara di peringkat daerah, di mana Johor Bahru dan Petaling mencatatkan bilangan pertubuhan tertinggi merentasi kesemua sektor.

“Kedua-dua daerah ini mempunyai sumbangan besar dalam sektor perkhidmatan dan pembinaan.

“Namun, dalam sektor perkhidmatan, Petaling mencatatkan bilangan pertubuhan tertinggi pada 2022 dengan 101,695 pertubuhan, diikuti oleh Johor Bahru (45,898),” katanya.

Selain itu, beliau berkata, bagi sektor pembinaan, daerah-daerah ini juga mencatatkan bilangan pertubuhan tertinggi, iaitu Petaling dengan 10,441 pertubuhan dan Johor Bahru sebanyak 5,038.

“Ini menekankan kepentingan daerah-daerah ini sebagai hab ekonomi yang berkembang pesat, terutamanya dalam sektor perkhidmatan yang merangkumi pelbagai industri dan pemiagaan.

“Sementara itu, Petaling dan Johor Bahru kekal di kedudukan teratas dalam sektor pembuatan, dengan masing-masing 7,324 dan 4,137 pertubuhan.

“Dalam sektor perlombongan dan pengkuarian, Petaling mencatatkan kedudukan tertinggi dengan 230 pertubuhan daripada 1,440 pertubuhan.

“Bagi sektor pertanian, Johor Bahru mencatatkan bilangan pertubuhan tertinggi, dengan 498 pertubuhan daripada 12,998 pertubuhan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya