Wan Zulkiflee letak jawatan pengerusi MAG - Utusan Malaysia

Wan Zulkiflee letak jawatan pengerusi MAG

WAN ZULKIFLEE WAN ARIFFIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Aviation Group (MAG) mengumumkan Pengerusi Kumpulan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin telah meletak jawatan berkuat kuasa hari ini.

MAG dalam kenyataan berkata, Wan Zulkiflee telah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan MAG pada Julai 2020 dan menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan daripada lembaga pengarah pada Jun 2024 selepas berkhidmat selama empat tahun.

“Lembaga pengarah dan pengurusan MAG ingin mengambil peluang ini untuk menzahirkan penghargaan dan terima kasih yang mendalam di atas kepimpinan cemerlang dan sumbangan yang tidak ternilai daripada beliau kepada syarikat penerbangan ini.

“Pengalaman luas beliau telah membimbing MAG melalui masa-masa sukar semasa Covid-19.

“Beliau memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan menyelesaikan penyusunan semula kewangan kumpulan dan mengurangkan liabiliti kumpulan sebanyak lebih RM15 bilion,” demikian menurut kenyataan.

Tambah kenyataan, kepimpinan Wan Zulkiflee penting dalam membimbing syarikat untuk mencatat pendapatan bersih selepas cukai (NIAT) yang pertama pada 2023 sejak penubuhan kumpulan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN