PETALING JAYA: Traveloka memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysia Airlines bagi penyelarasan proses tempahan penerbangan dan menawarkan faedah eksklusif. Traveloka dalam kenyataan berkata, kerjasama itu bertujuan meningkatkan pengalaman perjalanan dengan menggabungkan laluan sambungan domestik dan antarabangsa syarikat penerbangan itu. Presiden Traveloka, Caesar Indra berkata, kerjasama dengan Malaysia Airlines sejajar dengan matlamat Traveloka untuk meningkatkan pelancongan dengan menambah baik perjalanan domestik dan mempromosikan destinasi antarabangsa. “Kerjasama ini mengukuhkan kedudukan kami sebagai platform pelancongan terkemuka Asia Tenggara dan peneraju industri serantau,” katanya dalam satu kenyataan. Di samping itu, data Traveloka menunjukkan peningkatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya