TNB tak pernah lantik ejen persendirian untuk pembayaran bil

TNB tak pernah lantik ejen persendirian untuk pembayaran bil

TENAGA Nasional Berhad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak pernah melantik ejen persendirian untuk menghubungi pengguna sebagai wakil bagi urusan pembayaran bil termasuk melalui panggilan telefon, aplikasi WhatsApp dan media sosial. 

Menurut kenyataannya, pihaknya TNB merujuk kepada laporan pengguna yang tertipu dengan tawaran diskaun bil sehingga 35 peratus. 

“TNB tidak pernah menawarkan diskaun atas jumlah bil elektrik. Sebagai organisasi yang sentiasa mengutamakan pelanggan, TNB menyediakan pelbagai saluran pembayaran bagi memudahkan pengguna,” katanya dalam kenyataan.

Oleh itu, TNB menasihatkan pengguna agar tidak mudah terpedaya dengan helah individu atau pihak ketiga yang mendekati pengguna secara terus bagi sebarang tujuan pembayaran bil elektrik atau beri diskaun bil elektrik. 

TNB memaklumkan, pengguna boleh membayar bil elektrik mereka melalui saluran pembayaran rasmi melalui aplikasi mudah alih myTNB yang boleh dimuat turun secara percuma.

Katanya, pengguna juga boleh membuat pembayaran secara dalam talian menerusi portal myTNB (www.mytnb.com.my) atau saluran alternatif seperti perbankan dalam talian, JomPAY, e-Wallet, pembayaran bulanan secara direct debit atau autopay. 

“Selain itu, pengguna boleh menggunakan saluran pembayaran fizikal seperti kios dan kaunter pembayaran Kedai Tenaga serta agensi kutipan TNB seperti rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven, Pos Malaysia dan sebagainya,” katanya. 

Bagi pengguna yang mempunyai tunggakan bil elektrik, semua pembayaran tertunggak tersebut tetap perlu dibuat melalui saluran pembayaran rasmi TNB. 

Sebarang pertanyaan lain berkaitan akaun, pengguna boleh menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454, Facebook TNB Careline atau X @Tenaga_Nasional atau layari laman web https://www.mytnb.com.my/payment-facilities/mytnb-online-and-phonebanking untuk mengetahui senarai saluran pembayaran bil elektrik TNB.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN