PETALING JAYA: Supermax Corporation Berhad (Supermax) akan mula mengkomersialkan pengeluaran sarung tangan di kilang pembuatan pertama di Texas, Amerika Syarikat (AS) menjelang Januari 2025. Menurut kenyataannya di Bursa Malaysia, Supermax melalui anak syarikat milik penuhnya, Maxter Healthcare Inc. akan memulakan ujian dan pentauliahan kumpulan pertama barisan pengeluarannya pada Disember 2024. Syarikat menjangkakan mencapai separuh kapasiti operasi Fasa 1 menjelang 2025, menghasilkan sehingga 2.4 bilion keping sarung tangan setahun. Baki Fasa 1 dijangka siap pada suku keempat 2025, menambah 2.4 bilion keping lagi setahun kepada jumlah 4.8 bilion sarung tangan setahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya