PETALING JAYA: Solarvest Holdings Berhad mahu insentif tenaga bersih diberi penekanan dalam Belanjawan 2025 bagi mempertingkatkan infrastruktur tenaga solar, menguatkan insentif cukai bagi pelaburan teknologi hijau dan mempercepatkan penggunaan amalan tenaga bersih di Malaysia. Menurut kenyataannya, antara cadangan utama adalah pengembangan program Permeteran Tenaga Bersih (NEM) dan Penggunaan Sendiri bagi Pemasangan PV Solar (SELCO). “Solarvest mencadangkan penghapusan had kapasiti bagi program NEM Rakyat, NEM Gomen, dan NEM NOVA serta membenarkan interkoneksi penghantaran untuk projek SELCO. “Penciptaan pekerjaan hijau juga menjadi keutamaan dengan penekanan pada pemasangan PV solar yang boleh membantu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya