smart Malaysia, UOW Malaysia anjur pertandingan

smart Malaysia, UOW Malaysia anjur pertandingan tingkat pendedahan pada EV

SMART Malaysia mengumumkan 10 kumpulan yang tersenarai untuk pertandingan ‘Electrifying The Future’ .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  smart Malaysia dengan kerjasama bersama University of Wollongong Malaysia (UOW Malaysia) mengumumkan sebanyak 18 kumpulan penyertaan daripada para pelajar dalam pertandingan ‘Electrifying The Future’. 

Inisiatif ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada generasi baharu melalui penceritaan kreatif yang sudah memasuki fasa kedua dan pemenang akan diumumkan pada bulan Oktober ini dengan jumlah hadiah sebanyak RM14,000.

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, pertandingan ini menggalakkan para pelajar untuk membayangkan masa depan mobiliti lestari melalui penceritaan, kreativiti, dan inovasi. 

Katanya, inisiatif ini bukan sahaja meluaskan pengalaman akademik mereka, tetapi juga memberikan pendedahan industri serta peluang dalam sektor kenderaan elektrik (EV) yang semakin berkembang pesat.

“Saya teruja melihat anak muda Malaysia dengan penuh semangat membentuk masa depan mobiliti lestari melalui kreativiti mereka dalam penceritaan, memperkuatkan visi mereka untuk EV pada hari ini. 

“Memanfaatkan aliran bidang STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik), mereka telah menyampaikan mesej inovatif untuk meningkatkan kesedaran orang ramai. 

“Saya juga teruja untuk melihat mereka menyebarkan mesej positif mengenai pemilikan EV dan bagaimana ia dapat melangkah dengan lebih luas ke arah masa depan yang lestari,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, para peserta terdiri daripada pelbagai bidang termasuk perniagaan, kejuruteraan, komunikasi dan seni kreatif, pengkomputeran dan media kreatif, hospitaliti, pelancongan dan seni kulinari serta pelajar pra-universiti. 

Naib Canselor University of Wollongong Malaysia, Profesor Dr. Hiew Pang Leang berkata, penyertaan tahun ini mencerminkan usaha yang kukuh dan para pelajar menunjukkan pemahaman yang semakin mendalam mengenai jenama smart dan potensi kenderaan elektrik ini.

“Mereka telah mengkaji ciri-ciri kereta dan kelebihan yang ditawarkan dengan mempersembahkan idea-idea yang menunjukkan manfaat gaya hidup penggunaan kenderaan elektrik sambil menekankan inovasi teknologi yang utama. 

“Visi mereka tertumpu kepada membentuk masa depan yang lebih hijau dan lestari sekali gus dapat mendorong perubahan positif di institut dan komuniti mereka,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, para juri dari smart Malaysia dan University of Wollongong Malaysia telah menilai penyertaan dengan teliti dan kini telah memasuki Fasa 2 di mana para pelajar akan berkongsi cerita mereka di platform media sosial untuk kategori “Most Likes and Shares”.

smart Malaysia mengumumkan 10 kumpulan yang tersenarai untuk pertandingan ‘Electrifying The Future’ bersama dengan penyertaan media sosial mereka dan video pendek dari 10 kumpulan teratas kini sedia untuk undian awam di platform media sosial mereka. 

Kumpulan yang mendapat undian terbanyak untuk video pendek mereka akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1,000. 

“Ikuti social media Facebook Rasmi smart Malaysia untuk mengetahui siapa pemenangnya,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN