Sektor sarung tangan berdepan lebihan kapasiti

Sektor sarung tangan berdepan lebihan kapasiti

BIMB Securities mengekalkan panggilan ‘pegang’ ke atas Hartalega dan Kossan, manakala saranan ‘jual’ terhadap Top Glove.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: BIMB Securities mengekalkan saranan ‘underweight’ terhadap sektor sarung tangan getah kesan daripada cabaran Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang ketat dan lebihan kapasiti berterusan dalam industri itu.

Firma penyelidikan berkata, pihaknya menyuarakan kebimbangannya terhadap pelaksanaan peraturan EUDR yang mengenakan keperluan ketat tanpa penebangan hutan ke atas rantaian bekalan getah.

“Kami percaya bahawa pengendali getah akan menghadapi cabaran besar dalam mematuhi EUDR.

“Ini termasuk, kerumitan rantaian bekalan mereka, akses yang tidak mencukupi kepada sistem pengumpulan data lanjutan serta kos kewangan tambahan bagi melaksanakan langkah pematuhan yang diperlukan,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

BIMB Securities meminta campur tangan kerajaaan dalam menghadapi isu ini, walaupun pihaknya mengakui keperluan EUDR memberi faedah jangka panjang kepada alam sekitar. 

“Ini kerana, ia sangat penting bagi menyokong pengendali dalam mengatasi halangan selain memastikan pematuhan.

“Kegagalan memenuhi keperluan EUDR boleh memberi kesan teruk kepada pengusaha getah, termasuk denda yang besar dan kemungkinan penolakan produk daripada pasaran EU.

“Bagaimanapun, kami kekal berhati-hati terhadap sektor itu, dengan menyatakan lebihan kapasiti sebagai cabaran berterusan,” katanya. 

Jelasnya, pematuhan kepada EUDR boleh memburukkan lagi tekanan kewangan yang dihadapi oleh pengeluar sarung tangan getah. 

“Ini terutamanya, mereka yang mempunyai campuran pengeluaran sarung tangan lateks tinggi, seperti Top Glove Corporation Bhd. dan Supermax Corp Bhd. yang lebih terdedah kepada risiko berkaitan penebangan hutan.

“Bagaimanapun, Hartalega Holdings Bhd. dengan kebergantungan yang rendah pada sarung tangan lateks, dilihat berada pada kedudukan yang lebih baik untuk mengharungi halangan kawal selia.

“Bagi pengeluar lain pula mungkin perlu mengukuhkan ketelusan dan kebolehkesanan rantaian bekalan mereka,” katanya.

BIMB Securities mengekalkan panggilan ‘pegang’ ke atas Hartalega dengan harga sasaran (TP) RM2.60, dan Kossan (TP: RM2.03) dan saranan ‘jual’ terhadap Top Glove (TP: 85 sen), manakala Supermax kekal tidak bernilai.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya