PETALING JAYA: Supreme Consolidated Resources Bhd (SCRB), menandatangani perjanjian pengunderaitan dengan Kenanga Investment Bank Berhad (Kenanga) bersempena dengan penyenaraiannya di Pasaran ACE di Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities). Menurut kenyataannya, pemain industri barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) yang berpangkalan di Sarawak yang disenaraikan di Pasaran LEAP akan menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 70 juta saham baharu. Katanya, Kenanga akan menaja jamin 16.25 juta saham, yang terdiri daripada 8.6 juta saham untuk orang ramai Malaysia melalui pengundian dan 7.65 juta saham diperuntukkan kepada pengarah yang layak, pengurusan kanan utama,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya