Rizab antarabangsa meningkat RM505.978b pada 30 Ogos 2024

Rizab antarabangsa meningkat AS$116.8b pada 30 Ogos 2024

BANK Negara Malaysia-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat berjumlah AS$116.8 bilion (RM505.98 bilion) pada 30 Ogos 2024 daripada AS$115.9 bilion (RM502.08) yang dicatatkan pada 15 Ogos 2024.

BNM dalam kenyataan berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab itu ialah rizab mata wang asing berjumlah AS$104.5 bilion diikuti rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.9 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.4 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM641.56 bilion, merangkumi emas dan rizab pertukaran asing termasuk SDR (RM550.45 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.26 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM992, 92 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.44 bilion), tanah dan bangunan (RM4.12 bilion) dan aset-aset lain (RM48.28 bilion).

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM207.90 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.2 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM146.8 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM6.08 bilion), deposit lain (RM66.57 bilion), kertas Bank Negara (RM15.68 bilion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion), dan liabiliti lain (RM3.14bilion).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN