Prospek pendapatan Frontken separuh kedua 2024 diunjur positif

Prospek pendapatan Frontken separuh kedua 2024 diunjur positif – Maybank IB

MAYBANK IB mengekalkan saranan ‘beli’ terhadap Frontken Corporation dengan harga sasaran (TP) RM4.20 sesaham.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Maybank Investment Bank (Maybank IB) positif terhadap prospek pendapatan Frontken Corporation Bhd. pada separuh kedua 2024 didorong pendedahan kepada sektor minyak dan gas (O&G) yang diperoleh daripada segmen kejuruteraan dalam pasaran Malaysia, Singapura dan Filipina.

Menurut satu nota kajiannya, pasaran Malaysia menyumbang antara 70 peratus sehingga 80 peratus daripada peroleh subsegmen O&G, terutamanya daripada kontrak dengan Petronas.

“Frontken merupakan subkontraktor Petronas yang diluluskan untuk kerja-kerja huluan dan hiliran.

“Margin perolehan sebelum faedah dan cukai (EBIT) segmen O&G berada dalam angka tunggal yang tinggi berbanding margin semikonduktor pasaran Malaysia dan Singapura dalam julat dua digit,” katanya. 

Bank pelaburan berkata, walaupun perolehan di pasaran Malaysia pada suku kedua 2024 kumpulan itu merosot, pengurusan menekankan operasi O&G Frontken sebelum ini tidak pernah merugikan.

“Berdasarkan aliran pesanan kerja bulanan pada Julai dan Ogos, pengurusan menjangkakan perolehan segmen akan meningkat semula dari suku tahun ke suku tahun pada suku ketiga tahun ini.

“Operasi semikonduktor Malaysia yang terjejas akibat kebakaran kilang di Kulim pada Mei 2024 beroperasi melebihi penggunaan pulang modal dengan pemulihan penuh dijangka menjelang suku keempat tahun ini.

“Pengurusan kumpulan itu juga memberi panduan bahawa ia akan membayar balik kira-kira separuh daripada kerugian akibat kebakaran sebanyak RM1 juta me­lalui tuntutan insu­rans pada separuh kedua 2024,” katanya.

Maybank IB mengekalkan saranan ‘beli’ dengan harga sasaran (TP) RM4.20 sesaham.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya