PR1MA lancar kempen galak pemilikan kediaman

PR1MA lancar kempen galak pemilikan kediaman

M. Noor Azman Taib (empat dari kiri) pada pelancaran Kempen GIGA PR1MA Homes.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), agensi perumahan mampu milik utama di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melancarkan Kempen GIGA PR1MA Homes bagi menggalakkan pemilikan kediaman dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kempen yang berlangsung selama empat bulan dari 28 September 2024 hingga 31 Januari 2025 itu memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki kediaman PR1MA, dengan 61 projek merangkumi 2,785 unit di pelbagai lokasi sekitar Malaysia.

Ketua Setiausaha KPKT,  Datuk Wira M. Noor Azman Taib berkata, sebagai agensi perumahan mampu milik utama di bawah KPKT, PR1MA memikul peranan yang amat penting bagi memastikan rakyat Malaysia mampu memiliki rumah yang berkualiti tinggi pada harga yang mampu milik. 

“Inisitatif seperti Kempen GIGA PR1MA Homes ini sejajar dengan aspirasi KPKT untuk meningkatkan kadar pemilikan rumah di Malaysia,” katanya dalam ucapan perasmian kempen berkenaan, di Meru, Perak semalam.

Sepanjang tempoh kempen, para pembeli boleh menikmati pelbagai promosi menarik, termasuk pembiayaan kediaman sehingga 120 peratus oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP), kadar faedah pembiayaan serendah 3.8 peratus, pengecualian yuran guaman untuk Perjanjian Jual Beli (SPA), serta rebat khas. 

Selain itu, PR1MA turut menawarkan langganan Internet percuma selama dua tahun, serta pakej peranti rumah pintar (smart home) bernilai RM6,500. 

Di samping itu, 200 tempahan pertama akan menerima hadiah istimewa daripada PR1MA.

Sementara itu, Pengerusi PR1MA, Datuk Azrulnizam Abdul Aziz berkata, Karnival GIGA PR1MA Homes dan Kempen GIGA PR1MA Homes yang dilancarkan adalah sebahagian daripada usaha serta komitmen PR1MA untuk memastikan rakyat Malaysia dapat memiliki kediaman yang berkualiti tinggi pada harga mampumilik dalam komuniti yang holistik. 

“Kami di PR1MA percaya bahawa semua rakyat Malaysia berhak untuk tinggal di rumah yang berkualiti dan kondusif, serta dikelilingi komuniti yang harmoni serta lestari.

“Kempen ini akan diteruskan dengan pelbagai acara dan jelajah promosi di beberapa lokasi di seluruh Malaysia, termasuk Kampar, Senawang, Seremban, Kajang dan Melaka,” katanya.

Karnival GIGA PR1MA Homes ini dianjurkan di Perak kerana ia merupakan antara negeri yang mempunyai potensi besar untuk pemilikan kediaman, dengan jumlah projek PR1MA yang masih tersedia untuk dimiliki. 

Sepanjang acara tersebut, terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan sesuai untuk semua lapisan masyarakat, menjadikannya destinasi ideal untuk aktiviti keluarga pada hujung minggu, selain dapat memperkukuh keharmonian dalam kalangan penduduk setempat. 

Antara aktiviti yang disediakan termasuk pasar rakyat, peluang menaiki belon udara panas, dan

lorong artisan. Para pengunjung juga dapat menyaksikan persembahan pentas oleh artis-artis jemputan seperti Ella, Muss, Eleena Harris, The Kasanovas, Escape Plan, dan Wunny.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya