Pixlr perkukuh kepimpinan dalam teknologi kreatif diperkasa AI

Pixlr perkukuh kepimpinan dalam teknologi kreatif diperkasa AI

Stephanie Sitt (kiri) dan Warren Leow.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Pixlr memperkukuh kepimpinan dalam teknologi kreatif dikuasakan kecerdasan buatan (AI), sekali gus memacu inovasi di peringkat global dari Malaysia.

Kumpulan Pixlr yang berpangkalan di Malaysia, pertama kali dilancarkan pada 2008 sebagai platform penyuntingan foto dalam talian.

Kumpulan itu kemudiannya telah berkembang menjadi pemain terkemuka dalam pasaran penyuntingan foto dan AI-generatif dengan lebih 10 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia.

“Kumpulan Pixlr, yang terkenal kerana menyepadukan AI dengan alatan reka bentuk intuitif, memperkasakan pencipta untuk mengedit dan mereka bentuk karya seni mereka dengan cara yang lebih inovatif dan cekap.

“Ekosistem Pixlr, terdiri daripada platform `flagship’ SaaS, Pixlr.com, manakala Designs.ai dan Vectr.com melayani pangkalan pengguna yang pelbagai, termasuk pekerja bebas (freelancer), agensi kreatif dan pemasaran, korporat, institusi pendidikan dan pasukan komunikasi kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, dengan pelbagai tawaran produk, Pixlr telah mendapat pengiktirafan global yang dibukti dengan ciri mereka dalam Google I/O 2024 sebagai salah satu daripada Progressive Web Apps (PWA). Kumpulan juga berapa ditangga ke-25 dalam laporan terkini Andreessen Horowitz Ogos 2024, berdasarkan lawatan bulanan yang unik.

Jelasnya, berada di barisan hadapan revolusi penjanaan AI, Kumpulan Pixlr dan platform SaaS dengan templet perpustakaan yang luas, menawarkan pengguna ekosistem yang lancar untuk menghasilkan dan mengedit visual.

Di bawah rangkaian alatannya pula, Pixlr.com merupakan ruang penyuntingan berkuasa AI yang menawarkan ciri seperti penyuntingan foto lanjutan dan reka bentuk kreatif, manakala Designs.ai ialah ruang kreatif semua-dalam-satu (all-in-one) yang membolehkan pengguna merealisasikan identiti jenama mereka.

“Sementara itu, Vectr.com pula ialah Editor Grafik Vektor AI yang membolehkan pengguna mencipta dan mengedit imej vektor dalam talian. Alat ini direka bentuk untuk serba boleh daripada penggunaan kasual kepada aplikasi profesional dan korporat untuk memenuhi keperluan yang pelbagai,” jelasnya.

Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pixlr, Warren Leow berkata: “AI sedang berlaku sekarang, dan oleh itu kami menawarkan satu set alat SaaS dikuasakan AI yang memacu industri kreatif.

“Sebagai sebuah syarikat Malaysia, kami memahami kepentingan untuk kekal di barisan hadapan dalam teknologi termaju, terutamanya apabila AI menjadi lebih bersepadu dalam kehidupan seharian kita. Sehingga kini, kami telah melatih sehingga 1,000 guru mengenai AI melalui inisiatif kami bersama Kementerian Pendidikan.”

Pada Mei 2024, Pixlr bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menyediakan kursus AI percuma bernilai RM1 juta kepada guru di seluruh negara.

Sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pixlr, inisiatif itu bertujuan memperkasakan guru-guru dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menyepadukan kecerdasan buatan ke dalam bilik darjah dan merevolusikan landskap pendidikan.

Sementara itu, Pengerusi dan Pengasas Kumpulan Pixlr, Stephanie Sitt berkata, Pixlr berada pada kedudukan yang baik untuk terus menyumbang kepada pertumbuhan AI, teknologi dan ekosistem permulaan di Malaysia, selain memberi inspirasi kepada inovator baharu untuk mencipta nama mereka di peringkat global.

“Kami memberi tumpuan untuk mengembangkan pangkalan pengguna kami melalui peningkatan inovatif yang berterusan kepada aplikasi dan inisiatif pemasaran strategik kami. Kami teruja dengan prospek masa depan untuk Pixlr sambil kami terus tumbuh dan berkembang pada skala global,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN