Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi

Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi

MENARA Berkembar Petronas-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas Abu Dhabi Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), berjaya memperoleh konsesi cari gali minyak dan gas baharu di Onshore Block 2 daripada pihak Majlis Tertinggi Hal Ehwal Kewangan dan Ekonomi Abu Dhabi (SCFEA).

Di bawah perjanjian itu, Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.

Menurut kenyataan, Onshore Block 2 di wilayah Al Dhafra, Abu Dhabi itu meliputi kawasan seluas lebih 7,300 kilometer persegi.

“Ini merupakan konsesi ketiga untuk Petronas Abu Dhabi selepas Unconventional Block 5 pada 2024 dan Block 1 pada 2022.

“Sebagai syarikat minyak dan gas negara dengan kehadiran global, kami kekal komited bagi mengimbangi obligasi domestik. 

“Pada masa sama turut merebut peluang antarabangsa dan mengekalkan portfolio perniagaan yang kukuh dalam kepesatan landskap tenaga.

“Sejajar dengan sasaran pelepasan sifar bersih syarikat, Petronas Abu Dhabi kekal komited untuk meninjau pendekatan mampan dalam operasinya,” katanya. 

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Huluan Petronas, Mohd. Jukris Abdul Wahab berkata, kerjasama dengan SCFEA akan meluaskan lagi portfolio huluan syarikat nasional itu di Abu Dhabi.

“Usaha itu membabitkan sumber konvensional dan bukan konvensional yang menawarkan potensi bagi pertumbuhan cari gali,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya