PETALING JAYA: Perdagangan Malaysia merekodkan peningkatan dengan perdagangan, eksport dan import mencatatkan pertumbuhan kukuh dua digit pada Ogos 2024 disumbangkan oleh elektrik dan elektronik (E&E) dan barangan berasaskan minyak sawit. Menurut kenyataan Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri, perdagangan meningkat 18.6 peratus tahun ke tahun, kadar terpantas dalam tempoh 22 bulan mencecah nilai RM252.65 bilion. “Eksport mengekalkan momentum pertumbuhan bagi lima bulan berturut-turut, naik 12.1 peratus kepada RM129.16 bilion dan import mengembang sebanyak 26.2 peratus kepada RM123.49 bilion, menghasilkan lebihan dagangan ke-52 bulan berturut-turut sejak Mei 2020. “Pertumbuhan eksport pada Ogos…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya