PETALING JAYA: Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencapai nilai jualan sebanyak RM149.0 bilion, meningkat 6.7 peratus pada Julai 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan sebanyak 6.7 peratus tahun ke tahun bagi perdagangan borong dan runcit dipacu oleh subsektor perdagangan runcit yang meningkat 6.4 peratus kepada RM63.5 bilion. Katanya, perdagangan borong juga tumbuh 5.5 peratus untuk merekodkan RM66.6 bilion, diikuti oleh kenderaan bermotor dengan peningkatan 12.2 peratus untuk mencapai RM19.0 bilion. “Bagi perbandingan bulanan, perdagangan borong dan runcit kembali positif…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya