KENDERAAN elektrik (EV) dan stesen pengecas seumpama teka-teki ayam dan telur. Yang mana satukah perlu datang dahulu? Sebenarnya, sukar untuk menjawab persoalan ini kerana, kedua-duanya perlu bergerak seiringan supaya kedua-dua dapat tumbuh dan berkembang di Malaysia. Presiden Kelab Pemilik Kenderaan Elektrik Malaysia (MyEVOC), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata, pertumbuhan EV untuk pasaran yang lebih meluas sememangnya bergantung juga pembangunan infrastruktur dan kemudahan untuk akses kepada stesen pengecas. Katanya, kawasan Lembah Klang tidak mempunyai masalah dari segi masalah itu, tetapi ia akan menimbulkan jarak kebimbangan kepada pemandu apabila mereka melakukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya