Pelabur asing beli RM798.3 juta ekuiti tempatan untuk minggu lalu

Pelabur asing beli RM798.3 juta ekuiti tempatan untuk minggu lalu

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabur asing terus membeli bersih ekuiti di Malaysia untuk minggu keempat berturut-turut dengan jumlah keseluruhan RM798.3 juta pada minggu lalu, kata MIDF Research. 

Menurut Laporan Aliran Dananya Minggu berakhir 6 September 2024, aliran masuk terbesar berlaku pada hari Rabu, dengan jumlah RM286.0 juta, sebelum Bank Negara Malaysia  (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) seperti yang dijangkakan. 

Jelas MIDF, keputusan itu susulan mesyuarat dua hari Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) mengekalkan OPR pada 3.0 peratus didorong pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan inflasi yang stabil.

“Terdapat tiga sektor utama yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi adalah perkhidmatan kewangan (RM743.2 juta), utiliti (RM405.1 juta) dan penjagaan kesihatan (RM113.6 juta).

“Sementara itu, tiga sektor utama dengan aliran keluar asing bersih tertinggi adalah produk dan perkhidmatan pengguna (RM193.8 juta), produk dan perkhidmatan industri (RM116.0 juta) dan teknologi (RM68.4 juta).” katanya. 

Firma penyelidikan itu berkata, institusi tempatan menjual secara bersih untuk minggu keempat berturut-turut, jumlah RM960.5 juta, manakala peruncit tempatan adalah pembeli bersih dengan jumlah RM162.2 juta.

“Purata jumlah dagangan harian (ADTV) menunjukkan penurunan di kalangan peruncit tempatan (14.6 peratus), institusi tempatan (18.3 peratus) dan pelabur asing (35.8 peratus),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya