Pasaran saham ditutup rendah hari ini

Pasaran saham ditutup rendah hari ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 11.18 mata kepada 1,648.91 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,660.09 pada penutup Jumaat. 

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,661.89. 

Jumlah dagangan sebanyak 4.06 bilion unit bernilai RM3.22 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 652 berbanding 488 dengan 492 kaunter tidak berubah dan 850 tidak diniagakan.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot pada hari ini seiring dengan prestasi bursa saham serantau. 

“Ternyata risiko geopolitik di Asia Barat yang dilihat sedang meningkat telah memberi kesan kepada selera risiko dikalangan para pedagang dan pelabur diperingkat global,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Jelas beliau, kesan pembunuhan pemimpin utama Hezbollah Hassan Nasrullah pada Jumaat lalu akan terus dipantau oleh para peserta pasaran. 

“Dibimbangi ‘suhu’ konflik di Asia Barat bakal memberi kesan harga-harga komoditi serta rantaian perniagaan yang berpotensi memberi impak negatif kepada perdagangan antarabangsa,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya