Pasaran saham ditutup positif hari ini

Pasaran saham ditutup positif hari ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 3.01 mata kepada 1,673.38 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,670.37 pada penutup Selasa. 

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,674.06.

Jumlah dagangan sebanyak 3.56 bilion unit bernilai RM3.28 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 790 berbanding 397 dengan 472 kaunter tidak berubah dan 858 tidak diniagakan.

Bagaimanapun, indeks Nikkei Jepun turun 70.33 mata kepada 37,870.26 ketika berita ini ditulis.

Bagi indeks Kospi Korea Selatan pula jatuh sebanyak 1.34 peratus atau 35.36 mata kepada 2,596.32, manakala indeks Indonesia turun 1.53 peratus kepada 7.659,44.

Selain itu, indeks STI Singapura juga turun 39.90 mata kepada 3,582.84.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya