Pasaran saham ditutup positif hari ini

Pasaran saham ditutup positif hari ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 5.07 mata kepada 1,670.37 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,665.30 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi pada 1,667.25.

Jumlah dagangan sebanyak 3.52 bilion unit bernilai RM3.10 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 558 berbanding 549 dengan 509 kaunter tidak berubah dan 890 tidak diniagakan.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi bursa hari ini positif berikutan faktor luaran dilihat menjadi fokus utama.

“Bank Pusat China iaitu PBOC telah mengambil langkah proaktif dengan mengurangkan kadar faedah serta rizab yang perlu disimpan oleh institusi kewangan bagi menggalakkan pertumbuhan pinjaman.

“Selain itu, langkah untuk menggalakkan sektor hartanah juga diperkenalkan dengan melonggarkan syarat pembelian kedua serta pengurangan kadar pembiayaan perumahan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata, suntikan kecairan itu dilihat dapat menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat, sekali gus dapat mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi mereka iaitu lima peratus.

Tambahnya, harga komoditi utama seperti minyak mentah Brent juga meningkat selain daripada bursa saham di rantau Asia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN