Pasaran saham ditutup positif hari ini - Utusan Malaysia

Pasaran saham ditutup positif hari ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 5.06 mata kepada 1,665.65 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,660.59 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,663.27.

Jumlah dagangan sebanyak 3.99 bilion unit bernilai RM4.08 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 898 berbanding 322 dengan 392 kaunter tidak berubah dan 893 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 775.16 mata kepada 37,155.33 ketika berita ini ditulis.

Bagi indeks Kospi Korea Selatan pula naik sebanyak 0.21 peratus atau 5.39 mata kepada 2,580.80, manakala indeks Indonesia naik 0.93 peratus kepada 7.901,68.

Selain itu, indeks STI Singapura turut naik 35.53 mata kepada 2,580.80.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi bursa dilihat positif hari ini, seiring dengan perkembangan pasaran global dan serantau.

“Keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada semalam dilihat konsisten dengan mesej yang diberikan sebelum ini.

“Selain itu, pengurangan itu memberi keyakinan bahawa pertumbuhan ekonomi di AS dijangka stabil, serta risiko kemelesetan ekonomi juga dilihat rendah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, situasi itu justeru telah menyuntik keyakinan para pelabur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya