Pasaran saham ditutup positif hari ini - Utusan Malaysia

Pasaran saham ditutup positif hari ini

BURSA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 12.13 mata kepada 1,664.28 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,638.31 pada penutup Jumaat.

Indeks dibuka tinggi pada 1,654.31.

Jumlah dagangan sebanyak 3.18 bilion unit bernilai RM3.34 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 658 berbanding 433 dengan 454 kaunter tidak berubah dan 960 tidak diniagakan.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi bursa bergerak positif hari ini seiring dengan prestasi di bursa-bursa di rantau Asia.

“Kaunter-kaunter berkaitan sektor perbankan dan kelapa sawit dilihat antara industri-industri utama yang melonjakkan Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas beliau, fokus utama pasaran adalah berkenaan mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC) yang dijadualkan bermula pada hari ini, 17 September hingga 18 September 2024.

“Mesyuarat kali ini amat penting disebabkan jangkaan pengurangan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) sebanyak 50 mata asas.

“Perkara ini berikutan jangkaan pihak Fed AS yang dilihat mahu menstabilkan pertumbuhan ekonomi,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN