Pasaran saham dijangka positif hari ini

Pasaran saham dijangka positif hari ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prestasi Bursa Malaysia dijangka bergerak positif pada hari ini, berikutan tindakan bank pusat China yang dilihat mengambil langkah agresif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi mereka.

Pada 9.13 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.73 mata kepada 1,673.10 berbanding 1,670.37 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi pada 1,674.06.

Jumlah dagangan sebanyak 84.90 juta unit bernilai RM45.67 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 193 berbanding 79 dengan 249 kaunter tidak berubah dan 1,996 tidak diniagakan.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, kadar rizab yang di simpan di bank pusat negara itu telah diturunkan daripada 10 peratus kepada 9.5 peratus.

“Kadar faedah bagi ‘Reverse Repo Rate’ untuk tempoh tujuh hari dan 14 hari telah diturunkan masing-masing sebanyak 20 mata asas dan 10 mata asas kepada 1.50 peratus dan 1.85 peratus,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, beliau berkata, beberapa insentif telah diumumkan untuk sektor hartanah seperti pengurangan kadar pinjaman perumahan sebanyak 50 mata asas, serta bayaran deposit membeli rumah kedua juga diturunkan daripada 25 peratus kepada 15 peratus.

“Justeru itu, langkah ini dilihat memberi suntikan sentimen yang positif kerana kerajaan China sedang berusaha memulihkan ekonomi mereka daripada terus terkesan daripada kemelut sektor hartanah.

“Berikutan ekonomi China ini merupakan yang kedua terbesar di dunia, maka pemulihan ekonomi itu akan memberi kesan kepada permintaan global seperti barangan komoditi, perindustrian, tekonologi dan perkhidmatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN