Pasaran saham dijangka didagang dalam mod berhati-hati

Pasaran saham dijangka didagang dalam mod berhati-hati

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 8.79 mata kepada 1,644.33 pada pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1,653.12 pada penutup Jumaat.

Indeks dibuka negatif pada 1647.20. 

Jumlah dagangan sebanyak 177.095 juta unit bernilai RM98.949 juta. 

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 409 berbanding 69 dengan 228 kaunter tidak berubah dan 1,748 tidak diniagakan. 

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, data pasaran buruh Nonfarm Payroll (NFP) di Amerika Syarikat (AS) dilihat rendah daripada jangkaan iaitu 142,000 berbanding jangkaan para penganalisis ekonomi iaitu 160,000. 

“Justeru, kebimbangan terhadap prospek ekonomi AS iaitu senario ‘soft landing’ atau pendaratan lembut itu bakal dicapai atau sebaliknya. 

“Oleh itu, pasaran saham Malaysia hari ini dijangka didagangkan dalam mod berhati-hati,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya